Salah Siapa Jika Tidak Siap Kerja Rumah
Sudah menjadi tanggungjawab seorang pelajar membuat kerja rumah atau latihan yang diberikan oleh guru. Kita tidak boleh menyalahkan orang lain di atas kealpaan dan kelalaian yang dibuat oleh diri sendiri. Para pelajar harus peka dengan setiap penerangan dan arahan yang diberikan bagi mengatasi timbulnya masalah di kemudian hari.
Namun tidak dinafikan terdapat segelintir pelajar yang memandang mudah tugasan yang diberikan oleh guru. Natijahnya apabila tugasan tersebut perlu dihantar pada waktu yang ditetapkan mereka menyalahi rakan yang lain kerana tidak memberitahunya. Apa gunanya pemberian Tuhan seperti mulut, telinga dan tangan jika tidak digunakan pada jalan yang seharusnya.
Jika kita menghadapi masalah untuk melaksanakan tugasan yang diberi oleh guru, hendaklah kita bertanya kepada guru atau kawan terhadap kemusykilan yang dihadapi. Agar tugasan yang diberi tidak tertangguh, terlupa atau tidak tahu cara untuk membuat kerja sekolah itu.
Memberi tumpuan sepenuhnya apabila guru memberi nota di papan hitam supaya kita tidak menyusahkan rakan-rakan kemudian hari. Pelajar juga harus ikhlas dan membuat kerja sekolah dengan sebaik-baiknya tanpa memikirkan hukuman jika terlambat hantar.
Selain itu, para pelajar juga boleh mencatat setiap arahan yang diberikan oleh guru didalam buku nota kecil yang sentiasa ada didalam poket pelajar, Ingatlah bahawa sikap menyalahkan orang lain adalah tidak baik, malah boleh merenggangkan hubungan persahabatan yang selama ini dibina.
Koleksi Tip dari Cikgu Amir Abas.

___________________________________________________________________________________
Koleksi Tip dari Cikgu Amir Abas.