KHIDMAT CIKGU


Apakah yang dimaksudkan dengan TUISYEN?
Tuisyen merujuk kepada bimbingan tambahan yang diberikan kepada pelajar-pelajar bagi mata pelajaran tertentu. Perkataan tuisyen berasal daripada perkataan bahasa inggeris iaitu ‘tuition’ yang membawa maksud ‘pengajaran’.

Mengapakan tuisyen itu perlu?
Secara amnya, tuisyen diperlukan oleh pelajar-pelajar yang menghadapi kesukaran atau tertinggal dalam mata pelajaran tertentu. Pelajar-pelajar berkenaan mungkin menghadapi pelbagai kekangan seperti tidak minat belajar, sukar untuk memahami tentang sesuatu subjek dan tidak dapat memberi tumpuan dan perhatian di dalam kelas sehingga pelajar berkenaan tertinggal dalam pelajaran. Maka dalam keadaan inilah seseorang pelajar memerlukan tuisyen iaitu bimbingan tambahan.

Apakah faktor-faktor yang mendorong seseorang pelajar boleh tertinggal matapelajaran di dalam kelas? 
Terdapat banyak faktor yang mendorong pelajar tertinggal pelajaran di dalam kelas. Antara faktor utama ialah jumlah pelajar yang terlalu ramai di dalam sesebuah kelas iaitu sekitar 30 hingga 40 pelajar. Apabila terlalu ramai, guru sekolah tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajar-pelajar ini. Selain itu, pelajar juga boleh tertinggal kerana faktor persekitaran seperti kebersihan kelas, pergaulan yang tidak terkawal dan waktu belajar yang terlalu panjang.

Apakah perbezaan antara pembelajaran tuisyen dan pembelajaran di sekolah?
Peranan tuisyen sebenarnya tidak terletak pada penyampaian ilmu pengetahuan baru kepada pelajar sebaliknya tuisyen lebih berperanan dalam pengukuhan ilmu pengetahuan yang telah dipelajari oleh pelajar di sekolah. Ramai yang menyalah anggap peranan tuisyen yang sebenar dan meletakkan peranan tuisyen seperti pembelajaran di sekolah. Peranan utama tuisyen adalah pelatihan (coaching), para pelajar akan dilatih oleh guru tuisyen/tutor untuk menguasai pemahaman tentang sesuatu subjek disamping memberi latihan dan latih tubi (bergantung kepada jenis subjek).

___________________________________________________________________________________

Subjek Cikgu Amir Abas


UPSR 
Bahasa Malaysia Pemahaman
Bahasa Malaysia Penulisan
Matematik
Sains

PMR
Matematik
Sains
Geografi
Sejarah

SPM
Matematik
Matematik Tambahan
Sains
Fizik

___________________________________________________________________________________

Untuk Khidmat Cikgu Amir Abas sila pastikan Subjek dan rujuk Jadual Cikgu Amir Abas untuk Slot waktu yang masih available, seterusnya hubungi Cikgu Amir Abas dengan kadar segera.

Setiap Pendaftaran akan menerima Penanda Buku Istimewa dari  Cikgu Amir Abas


___________________________________________________________________________________

Klik Disini untuk TERMA DAN SYARAT