Cikgu
amir abas
great tutor inspires
_______________________________________________________________________________________________
Phone: 0136099705/0126709306
Email: cikguamirabas@gmail.com
Web: cikguamirabas.blogspot.com
Terma dan Syarat.
KELAS TUISYEN
1. Kelas tuisyen akan di jalankan di rumah pelajar mengikut hari dan slot waktu pilihan pelajar atau ibubapa dan penjaga pelajar.
2. Sebarang penukaran atau perubahan hari dan slot waktu kelas tuisyen perlulah dibincangkan terlebih dahulu mengikut kesesuaian hari dan waktu Cikgu.
3. Pembatalan kelas tuisyen perlulah dimaklumkan kepada Cikgu sekurang-kurangnya SATU (1) hari sebelum kelas tuisyen tersebut dan tiada bayaran yuran dikenakan untuk kelas tuisyen yang telah dibatalkan.
4. Pembatalan kelas tuisyen di saat akhir disebabkan pekara kecemasan atau pekara peribadi yang tidak dapat dielakkan, tiada bayaran yuran dikenakan untuk kelas tuisyen tersebut tetapi bayaran denda RM20 akan dikenakan.
5. Kelas ganti akan dijalankan sekiranya kelas tuisyen dibatalkan samada oleh Cikgu, pelajar atau ibubapa dan penjaga, kelas ganti akan dijalankan mengikut hari dan slot waktu yang bersesuaian dengan Cikgu dan pelajar.
6. Jika kelas tuisyen jatuh pada hari cuti umum atau cuti sekolah, kelas tuisyen akan dijalankan seperti biasa kecuali jika pelajar atau ibubapa dan penjaga pelajar meminta untuk kelas tuisyen dibatalkan.
7. Jika pelajar atau ibubapa dan penjaga pelajar ingin menamatkan kelas tuisyen, sila maklumkan pada Cikgu sekurang-kurangnya DUA (2) minggu sebelum hari dan slot waktu terakhir kelas tuisyen tersebut.
YURAN
1. Bayaran yuran mengikut harga yang telah di persetujui oleh Cikgu dengan pelajar atau ibubapa dan penjaga pelajar.
2. Pembayaran yuran perlulah dibuat kepada Cikgu oleh pelajar atau ibubapa dan penjaga pelajar setiap DUA (2) minggu selepas kelas tusiyen yang telah dijalankan.
3. Bayaran yuran boleh dibuat secara tunai, atau melalui pemindahan akaun bank Amirrudin Abas (Maybank No Akaun: 162478231655).
4. Pelajar atau ibubapa dan penjaga perlulah memaklumkan pada Cikgu melalui SMS (0136099705) sekiranya pembayaran dibuat melalui akaun bank agar mudah Cikgu membuat semakkan.
5. Resit akan diberikan kepada pelajar atau ibubapa dan penjaga pelajar pada setiap kali pembayaran dibuat dan diterima Cikgu.
Kerjasama anda amat dihargai dan Terima Kasih.
___________________________________________________________________________________
Active Matrix Resources 18 Jalan Spektrum U16/15 Bukit Subang Seksyen U16 40160 Shah Alam.
P: 013-6099705 / 012-6709306