Cara Untuk Mendapatkan Tidur Yang Berkualiti
Pertama,
Waktu tidur dengan bangun anda mesti sama pada setiap hari termasuk pada hujung minggu atau hari cuti.
Kedua,
Lakukan rutin yang lebih santai sebelum tidur seperti mandi, membaca buku atau majalah dan sebagainya.
Ketiga,
Ambil masa selama beberapa ketika untuk proses melegakan emosi anda sebelum tidur, misalnya menulis apa yang berlaku pada hari tersebut di dalam diari atau pun berbual dengan orang yang rapat dengan anda.
Keempat,
Pastikan bilik tidur anda berada dalam keadaan gelap atau lampu yang hanya samar-samar, tenang, selesa dan selamat.
Kelima,
Anda boleh makan hidangan yang ringan tetapi lengkap dengan karbohidrat sebelum tidur dan anggaplah ia sebagai snek sebelum tidur.
Keenam,
Jauhkan jam loceng dari kepala anda dan juga katil.
Ketujuh,
Elakkan nikotin (rokok), kafein (kopi, teh, coklat, minuman berkarbonat) dan alkohol sebelum tidur.
Kelapan,
Elak daripada melihat jam sekiranya anda terjaga ketika tidur kerana ia boleh membuatkan anda stres dan susah untuk tidur kembali.
Kesembilan,
Tidur pada siang hari memang seronok, tetapi maksimumkan hanya 20-30 minit sahaja, itu pun sekadar untuk merehatkan mental dan fizikal.
Kesepuluh,
Lakukan senaman ringan, tetapi beberapa jam sebelum tidur.
_________________________________________________________________________________
Tip Persediaan Sebelum Meninggalkan Rumah
Pastikan semua pintu rumah, tingkap dan pintu pagar dikunci sebelum meninggalkan rumah. Sebaik-baiknya buat dua kali pemeriksaan untuk memastikan betul-betul yang semua sudah terkunci.
Wang
Elakkan daripada menyimpan wang yang banyak dan barang-barang berharga khususnya
Jiran
Boleh meminta bantuan jiran untuk mengawasi rumah sewaktu bercuti, tinggalkan
no telefon yang boleh jiran hubungi sekiranya berlaku sebarang kecemasan.
Pasang salah satu lampu di dalam rumah bagi memberi gambaran rumah berkenaan berpenghuni. Beli alat khas yang dapat mengawal secara automatik bagi mengelakkan pembaziran tenaga elektrik.
Langganan
Pastikan langganan seperti surat khabar, roti, atau susu dihentikan sementara waktu,
kerana pencuri akan mengetahui rumah tidak berpenghuni sekiranya langganan
di hantar dan bertimbun di luar rumah.
Perkakas Kebun
Simpan semua perkakas kebun seperti penyedok, gerudi dan tangga di dalam stor
Bekas Air
Sisa Makanan
Jangan lupa untuk membuang sisa makanan dan kosongkan tong sampah didapur bagi mengelak berulat atau mengundang lalat dan tikus.
Harap dengan tip ini, adik-adik dapat membantu serta mengingatkan ayah dan ibu untuk memastikan rumah di tinggal dalam keadaan selamat. Seterusnya menikmati percutian dengan dada yang lapang dan hati yang senang sambil berdoa semoga segalanya selamat.
___________________
Sempena Hari Guru
___________________
Sejarah 16 Mei
Tarikh penguasaan Penyata Razak, iaitu Dasar Pendidikan Negara dilaksanakan bagi Persekutuan Tanah Melayu. Dasar ini diadakan berhasrat menyatukan pendidikan di sekolah bagi semua kaum di Malaysia.
____________________
Tip-tip Menghormati Guru
- Belajar bersungguh-sungguh, kerana dengan belajar bersungguh-sungguh akan menunjukkan kesungguhan adik-adik dalam menerima ilmu daripada guru-guru.
- Jangan bersikap kasar dengan guru. Jangan menengking dengan menggunakan suara yang tinggi apabila bercakap dengan guru. Bercakaplah dengan penuh sopan-santun.
- Ucapkan taniah kepada guru apabila mereka mendapat kejayaan dan ucapkan takziah jika guru ditimpa musibah.
- Sayangi guru seperti menyanyangi ibu bapa kerana mereka membekalkan adik-adik dengan ilmu pengetahuan.
- Segera menolong guru-guru jika mereka memerlukan bantuan. Sebagai contoh, sebelum masuk ke kelas, bantulah guru mengangkat buku-buku latihan.
- Jangan bersikap sombong apabila terserempak dengan mereka di luar kawasan sekolah atau kelas. Bertegur sapalah dengan guru adik-adik
- Apabila guru-guru menegur kesalahan, terima dengan hati terbuka dan janganlah berdendam dengan mereka. Tujuan guru-guru menegur adalah untuk adik-adik memperbaiki kesilapan.
________________________